ASB : Melabur dlm ASB guna loan bank, Untung @ Rugi ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kalau tak silap saya, belum ada orang yang beri jawapan sama ada untung atau rugi buat ASB loan ini. Jadi izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan saya sama ada elok atau tidak elok buat ASB loan ini.

Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan tidak berniat untuk memburuk-burukkan pihak tertentu. Hanya sekadar untuk pertimbangan
anda sebelum membuat keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB dengan duit pinjaman bank).

Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari Deposit RM5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun)

==> Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.

Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd anda.

Contoh:
Dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiap tahun. Boleh
dibelanjakan apa saja anda suka dan at the end of 20 years, anda akan
terima RM100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak
dan sebagainya.

Cara A – Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman

————————————————————————–

Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney, jika dividen 7%
setahun atau RM7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,827 (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun) Ini
bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan RM100,000 selepas 7 hingga 8 tahun.

Untung atau rugi?

Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan selama 8 tahun pun,
simpanan anda akan menjadi RM 94,260. Campur deposit RM 5,000 yang
disimpan utk 8 tahun juga, future value adalah RM 8,590. Total nilai pelaburan anda = RM102,850. Dah lebih RM100,000 dah.

Cara B – Belanjakan Dividen setiap tahun & maintain membayar bulanan kpd loan.

—————————————————————————————————————

Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% setahun, jumlah
pembayaran penuh selepas 20 tahun adalah RM 175,359 (kos) Dengan dividen RM 7,000 untuk 20 tahun = RM 140,000 dan duit ASB selepas 20 tahun = RM100,000 (+) Duit Yang Diterima => RM 240,000

Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda perolehi RM240,000 dalam masa 20 tahun sedangkan kos pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.

Untung pada mata kasar ==> RM 64,641

Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan anda maintain bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun, anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan RM 731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, nilai pelaburan anda akan menjadi RM 383,018 ! Ini bermakna, oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda kehilangan ‘potential gain’.

Total Value jika anda simpan sendiri = RM 383,018

Total gain kalau anda ambil loan = – RM 240,000

 ———————————————————————–

Kehilangan Keuntungan RM 143,018

Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank !

Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM 175,359 dari anda
sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM 80,000 dari
keuntungan ASB yang anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri. Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana ASB adalah untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka ambil dari pelaburan anda.

Siapa Yang Rugi ==> Anda sebenarnya!!!.

Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit sendiri.

Moralnya, jangan melabur dengan duit hutang. Diharap artikle ini dapat menjawab dilemma anda selama ini.

Terima kasih.

About these ads

Tags: , ,

30 Responses to “ASB : Melabur dlm ASB guna loan bank, Untung @ Rugi ?”

  1. Nazri04 Says:

    Saya seorang pelabur yang menggunakan loan asb, pinjaman saya telah berusia lebih 2 tahun. pinjaman penuh sebanyak rm200,000. bayaran bulanan sebanyak rm1,542 selama 20 tahun.
    UNTUNG ATAU RUGI?

    Bagi saya, Skim pinjaman ini adalah rasional dan adalah satu keputusan yang bijak. Memandangkan prestasi ekonomi sekarang yang memberansangkan, saya percaya dividen +bonus ASB secara purata boleh bertahan sekurang-kurangnya 9 peratus setahun.

    Selama 20 tahun saya membayar sebanyak rm370,080 kepada bank, bunyinya macam keterlaluan kerana bank dapat keuntungan sebanyak rm170,080. hampir sekali ganda nilai yang di pinjamkan… Ya ke? kita kena ingat, kita cuma peminjam. wang dalam acc kita adalah wang yang di pinjamkan..

    RM370,080 bunyinya terlalu banyak. tetapi cuba perhatikan pengiraan ini betul-betul:

    Jum bayaran tahun pertama: 1,542×12=18,504

    Jum bayaran tahun kedua:
    Dapat dividen+bonus 8.5% = 17,000
    Jum bayaran tahunan – dividen: 18,504-17000= 1,504.
    Jum bayaran tahun ke 3-20: 1,504×18=27,072

    Jum bayaran keseluruhan selama 20 tahun:
    18,504+1,504+27,072=47,080

    Jumlah sebenar yang perlu dikeluarkan untuk pinjaman ini cumala sebanyak 47,080 untuk pinjaman sebanyak 200,000. Ianya kurang daripada 1 per 4 jumlah yang kita dapat. Kalau nak dikira betul-betul untuk dapat simpanan hari tua sebanyak 200,000, seseorang itu cuma perlu membayar rm196.20 sebulan selama 20 tahun.

    Ianya amat bijak bagi simpanan hari tua. lebih-lebih lagi bagi orang yang bekerja sendiri(tiada simpanan KWSP). Inilah wang pencen mereka.

    Lagipun bekas PM kita sendiri Dr.M yang cadangkan skim pinjaman ini, khas untuk membantu kaum bumiputra. Tepuk dada tanya selera.

  2. Nazri04 Says:

    LUPA NAK WAR-WARKAN DISINI… URA-URA MENGATAKAN DIVIDENT ASB BAGI TAHUN 2007 ADALAH SEBANYAK 10.5% DAN BONUS SEBANYAK 1%. KALAU SALAH JANGAN MARAH YER..

  3. unikorn Says:

    tak marah hehehe.. masing2 ada matlamat masing2.. kalau abg pandang 200K tu utk persaraan it’s ok.. cuma bagi saya.. kenapa sy nak tunggu 20 tahun utk 200K.. sedangkan saya boleh dapat lebih dalam tempoh 5 tahun.. itu je sebab yg saya kata rugi tu..
    dan kita jangan lupa kadar inflasi (buat masa nie anggaran kadar inflasi setahun 4%).. lebih kurang kalo 20 tahun.. berapa ye kadar inflasi yang dah makan nilai duit simpanan kita…
    tapi ada condition yang pinjaman asb boleh jadi untung (bila mana kita bayar duit pinjaman tu tak guna duit kita) dan kita masih boleh enjoy dividen asb dari pinjaman tu tak berusik utk tempoh 20 tahun.. :)
    ohh lupa nak cakap.. pengagihan pendapatan asb tahun ni.. 8% utk dividen dan 1% utk bonus yang mane bonus dikira hasil dari simpanan 10 tahun…
    terima kasih untuk pandangan abg.. dan pembaca2 blog ni akan dapat lebih byk idea mengenai simpanan asb atau pun pinjaman asb… thanx.. kalau ade ape2 idea.. abg boleh komen lagi ye.. saya pun belajar2 juga bang..

  4. Caroline Muriel Says:

    Bagaimana pula dengan saya? Saya ambik loan untuk RM20K, bayar RM 190.00 setiap bulan untuk 5 tahun. Untung atau rugi?? Please help me …

  5. unikorn Says:

    dah bayar 5 tahun ke… atau loan je 5 tahun… kalau loan 5 tahun macam ada yang tak betul je… macam saya dulu.. loan RM40K.. bayar sebulan RM314 tapi lepas 7 tahun baru susut RM7K… dlm kata lain saya rugi bayar banyak2 pada bank… kalau simpan sendiri.. selama 7 tahun rasanya lagi berbaloi… awak boleh kira sendiri perbezaannya.. beza antara kita simpan duit hutang dengan kita simpan duit sendiri untuk jangkamasa panjang.. simpan duit hutang kita ikat leher dengan bank.. simpan duit sendiri.. keuntungan dari simpanan tu boleh dilaburkan ke dalam pelaburan yang lebih berisiko tinggi untuk mendapat lebih pulangan.. (dalam kata lain.. keuntungan pelaburan dalam asb tu duit free.. bukan duit kita pun, sebab kita tak kerja utk dapatkan duit tu) jadi duit free nie kita buat utk melabur dalam pelaburan berisiko tinggi.. tapi bukan pelaburan labu peram lah ye.. kita boleh cuba Unit Trust ke (ambil yang high risk portfolio), invest dalam stock market ke, invest ke dalam hartanah ke (hartanah tak de risiko kalau betul caranya).. jadi awak pikirlah cara sekarang nie awak untung ke rugi.. saya tak boleh kata untung.. dan saya tak boleh kata rugi untuk awak.. cuma untuk saya, pinjaman asb ni rugi untuk saya sebab saya buat keje teruk2 untuk kasi bank duit free… baik duit tu saya simpan kat asb… duit free tu saya akan dapat tiap-tiap tahun…

  6. zahrul06 Says:

    perdapat aku laa,masuk guna duit sendiri dgn meminjam dari bank kedua-duanya baik.untuk tolong orang melayu.kekadang ada orang yang kuat displin mcm unikorn mungkin boleh pergi bank masuk duit dalam tangan,mungkin pulak orang macam aku nie…tak boleh…jadi aku kena dipaksa untuk menyimpan.munkin korang pendapat aku tak boleh urus kewangan aku..,mungkin betul….tapi objektif dari kedua2 nak mendidik orang supaya menyimpan.

  7. unikorn Says:

    ermm betul bang.. kedua-duanya objektif sama.. menyimpan.. cuma saya bagi tau dari pendapat saya yang mane lebih untung… itu je.. saya tak kata asb loan salah.. cuma ada cara lebih baik dari asb loan… saya bersetuju bab objektif menyimpan…

    ok bang.. abg cakap abg susah nak displin diri menyimpan… ok .. kita buat macam nie.. abg pegi dekat majikan abg… cakap nak potong terus bulan-bulan dari gaji utk simpanan asb.. tapi mesti abg cakap nanti dah simpan2 sendiri nanti ade duit keluarkan…

    ok ni cara yang saya buat dulu… saya simpan sendiri duit saya… dan buku pelaburan saya.. saya gunting dan simpan… dalam kata lain.. nak buat buku pelaburan baru nanti kene isik borang balik.. cap jari balik.. kene angkat sumpah buku pelaburan rosak/hilang… dlm kata lain keje nya leceh dan org malas nak buat… abg try la buat macam tu… dlm kata lain.. simpanan yg abg buat tu.. automatik… tak de nak pegi pos opis tiap2 bulan… semua auto dari majikan… lepas 5 tahun.. abg tgk la abg ade berapa dalam asb…

    lepas 5 tahun .. abg tgk asb dah byk.. masa nie sayang nak keluarkan pulak… sebab keje macam nak mati simpan duit… senang2 nak keluar .. mana boleh.. hehe masa nie boleh la apply teknik OD/ASB (jika perlu.. kalau tak perlu tak payah buat)

  8. zahrul06 Says:

    terima kasih kerana berkongsi pengalaman…..insyaalah

  9. edone Says:

    yang baik bersama dikongsi,
    bukan untuk kepentingan peribadi,
    tapi untuk keuntungan bangsa sendiri,
    jgn wang pelaburan susut dimakan inflasi,
    kelak dimasa depan merana diri,

  10. khatijah Says:

    kalo simpan sendiri memang untung tetapi berapa ramaikan kita yang begitu berdisiplin bila duit diperkatakan. Pinjam loan secara x langsung memaksa kita menabung. memang bank yang untung tapi siapa yang akan beri kita wang tanpa ada pulangannya. setelah menbuat kajian dan soalan siasat bersama seorang bekas akauntan. Untung & rugi tak seberapa cuma di akhir tahun pinjaman loan tadi dah jadi hak kita. Orang kata ” you must invest (bayar interest la) in order to get some return (RM200K after 20years)”.

  11. unikorn Says:

    ermm betul la tu kak.. dipaksa menabung (untuk diri sendiri dan untuk bank sekali)… masalahnya kita bukan masalah displin atau tak.. sebab kalau dah terpaksa bayar kat bank tu dlm kata lain.. boleh je kalau nak buat saving sendiri… macam saya cakap.. buat potongan gaji terus ke asb akaun.. dan buku asb tu potong je (dah potong tentu tak leh keluar dah kan.. ) lepas 10 tahun esok.. pegi la isik borang kata buku asb hilang… masa tu tgk byk ke idak simpanan tu.. dan masa tu nak guna suka2 hati pun dah sayang… masalahnya bukan masalah displin.. tapi masalahnya orang kita nie belum buat dah kata tak boleh.
    kalau akak boleh bayar dan serve interest kat bank.. mesti akak boleh bayar diri sendiri (simpan dulu ke asb sebelum guna duit tu) dan akak enjoy interest simpanan tu utk diri sendiri 10-20 tahun akan datang (sama jugak) tapi akak lebih cepat penuhkan asb akak … dan simpanan sendiri boleh create snowball effect utk tingkatkan simpanan tahunan kita, walaupun gaji tak naik… tapi ASB loan kita hilang gaining value tiap-tiap tahun.. sebabnya senang je… katakan kadar inflasi purata setahun 3% (biasa bank kira 4% setahun)… bayang kan 20 tahun lagi 200K yang akak pinjam.. akak bayar bulan2 tu tinggal berapa ringgit je kalau dibandingkan dengan nilai duit sekarang…

  12. norliza Says:

    terima kasih kerana, dengan terbacanya pendapat anda mengenai loan ASB maka terjawab semua persoalan yang menggangu fikiran saya beberapa hari ini. TQ

  13. unikorn Says:

    ermm saya cuma berkongsi ape yg saya rasa patut saya kongsi kepada rakan2 yang ingin mengetahui.. tapi cara saya nie bukanlah yang terbaik… ada banyak cara yg lebih baik mengikut kesesuaian setiap individu

  14. PINJAM DUIT DARI BANK UNTUK SERTAI ASB « Urus Kita dan Urus Kewangan Says:

    [...] p/s : ini ada komen bagi mereka yang bertanya mengenai asb loan di http://uruswangkita.wordpress.com/2007/12/26/asb-melabur-dlm-asb-guna-loan-bank-untung-rugi/ [...]

  15. unikorn Says:

    Pinjam duit bank (ASB loan) untuk melabur di ASB

    Walaupun pelaburan ASB itu HARUS menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional seperti Loan ASB dari Maybank/RHB/CIMB untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati HARAM oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba(cuba fikir Maybank Islamik/RHB Islamik dan CIMB Islamic tidak ada menawarkan Loan ASB…kenapa?). Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara anda mendapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.Ingatlah dosa riba itu seperti Firman Allah SWT :

    Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah : 278 )

    Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya.

    Berkatalah Abu Hanifah rh pula : ” Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan” (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)

    Oleh itu boleh melabur di ASB tetapi dengan cara menyimpan sendiri atau potongan gaji.Wassalam.

  16. mias Says:

    sebenonye, ini adalah cara gomen nak tulun org melayu.
    dengan syarat, duit dividen tu digunakan untuk membayo balik utang dgn maybank, kita cuma perlu modal untuk 2 tahun aje, selepas itu, sepatutnye, dividen tuu yang akan bayo semunye,
    jadik modal RM 800 utk 24 bulan kita dapat RM 100,000.00 tempoh 18 tahun. Keduanye, kalu le kita mati dalam tahun ke 4, anak2 dan suami/isteri kita dapat jugak rm 100,000.00
    sekian wasalam.

    tq

  17. hehe Says:

    no offense… sebenarnya bukan cara gov. tolong orang melayu… tapi cara bank manipulasi kebodohan orang melayu.. org melayu selalu cakap tak pe.. force saving… 18 tahun lagi esok baru dapat 100K… kalau simpan sendiri… tak sampai 18 tahun dah penuh buku asb tu (200K)… kalau kata takut nanti keluar kan… tak payah simpan buku tu… simpan no akaun je… buku tu kasi la orang yg paling kita tak suka nak jumpa pegang… hehehe force saving jugak…. kalau kata leceh nak pegi bank masukkan duit… buat potongan gaji majikan…. baca la mana2 buku yg sebut buat cara auto saving camni mmg byk untung dia.. kita takkan terasa yg kita penah adde duit tu… tau2 akaun penuh je

  18. mias Says:

    kan dah bagitau, dengan modal 2 x 12 x RM 800 = RM 19200, kita dapat return RM 100.000.00 masih tak convince lagi???

  19. sulaiman Says:

    saya pun nak pinjam jugak….saya ni freshgraduate…keje lak dejat ngan umah….target saya rm100k…target nak beli kerete vios…tapi taknak la beli dan bayar ansuran potong gaji sampai 700 or 800 sebulan…
    so sekarang saya pakai kapcai jerr…

    pastu bila dah cukup 100k baru la nak beli keter mahal sikit….sebab boleh bayar dengan duit dividen…..satu bulan leh simpan rm2000…target saya 4 tahun cukup kot….denga lak pinjaman maybank ni buat saya teruja…tak kisahlah melabur dalam ASB or KPF……tapi bila kira2 faedah dia tu. memeningkan kepala lah….soalan saya

    i) Kalau kita pinjam 50, 000, kita cuma dapat sekitar 45,000? betul ke? Bank akan ambil 5000 sebagai interest diorang….betul ke ni?

    ii) BLR tu apa? explain secara simple2 dahla…nak beli rumah pun ada blr kan?

    ii) baru-baru ni inflasi naik 8.5 % untuk bulan julai or ogos tak silap… so adakah bagus saya simpan duit.??….nnt duit jadi kecil lepas 5 tahun… contohnya…or saya beli kerete sekarang?….sebab duit dah jadi kecil…kereta akan jadi lebih mahal???

  20. sulaiman Says:

    target 100k tu…target simpanan manual…..

    rm 2000 x 12 bulan x 4 tahun. = rm 100k

  21. lebaimie Says:

    majlis fatwa kebangsaan mengatakan asb adalah harus. buat takpe tak buat pun tk pe. tak silap 3 negeri mengatakan ianya haram. justeru terserah lah kepada anta semua. kalu boleh ada tak komen dari yang tentang perkara tersebut untuk kalu- kalu boleh dikongsi

  22. Nameless Says:

    Apalah sangat nilai RM120,000 untuk 20 tahun akan datang. Kita ambil contoh pada tahun 1988, harga nasi lemak hanyalah 20 sen sebungkus, dan pada masa sekarang pula dah mencecah RM1.20. Peningkatan sebanyak 600%. Dengan menyimpan RM120,000 sekarang, tidak mustahil 20 tahun akan datang nilainya akan hanya RM20,000.

    Jadi apa pandangan tuan2 yang budiman?

  23. hehe Says:

    bro nameless punya pendapat tu memang betul.. sebab tu la tak bagus buat loan asb utk sekadar nak kasi kita komitmen bulan2 menyimpan… logiknye.. bayar udah le banyak.. sampai tahun nak guna duit tu (10-20tahun akan datang)… nilai 100-200K tuh setakat dapat beli pintu pagar rumah je… hehehehe.. pikir2 kan lah ye tuan2

  24. nor Says:

    bagus juga pendapat you all………

    saya setuju,bab menyimpan duit sendiri lebih baik dari meminjam.
    sebab kita dapat untung rugi tak adalah…….. hehehe……..

  25. jas Says:

    Apa kata kita ambil jalan tengah.. ambil loan 50k bayar bulan RMXXX . Lepas tu auto pay pulak RM500 (potong gaji) jadi dapat kelebihan dua2 system kan senang dari pikir mana lebih bagus!

  26. edyzz Says:

    saya ada cara yg saya rasa baik…
    begini,

    Plan A:
    buat pelaburan yg anda rasa anda mampu… contoh, buat pinjaman dengan loan maybank tu sebanyak 20k selama 10tahun…
    sebulan anda byr 210 dgn bank…ok
    kita tgk selepas 5 tahun jika anda langsung tidak keluarkan apa2 dividen yg anda dpt… Dgn anggaran 7% sethn, dijangka anda akaun anda akan menjadi rm28,051…so, maknanya dividen anda dah 8,051.

    Saya cadangkan kepada anda supaya berhenti setakat itu dan buat permohonan dengan maybank utk stop. Maybank akan bayar separuh daripada 20k tu kerana anda hanya byr 5 tahun daripada 10thn. Maknanya anda dapat 10k…Jika dijumlahkan ketika itu, akaun anda kini telah menjadi (10k + 8,051 = RM18,051). Jika dikira, anda cuma byr sebyk (210 x 12 x 5thn = 12,600). Dan anda telah bebas dengan hutang ketika itu…bukankah ini lebih baik?

    Plan B:
    Jika anda berhasrat nak teruskan membyr sebyk 210 tu sehinga habis tempoh pinjaman (10 thn), saya cadangkan anda ikut plan A di atas. Selepas itu, anda buat pelaburan baru dengan jumlah yg sama iaitu 20k juga selama 10tahun. Ok, kita tgk berapa keuntungannya…
    akaun anda ketika itu sudah 18,051, dan campur dengan pelaburan baru 20k ianya menjadi 38,051. Angarkan dividen 7% sethn…kita lihat apa jadi 5 tahun selepas itu…

    38,051, selepas 5 tahun akan menjadi 53,368. Apa akan jadi jika anda buat semula plan A di atas? Maksud saya, anda berhenti saja ketika itu. 53,368 – 38,051 = 15,317. Bermakna jumlah dividen dlm tempoh 5 thn itu adalah 15,317. kita asingkan duit pokok (18,051) yg asalnya ada dlm akaun anda supaya anda tidak keliru.

    Baik, seperti mana di Plan A, di Plan B ini anda hanya byr 5 tahun drpd 10thn, bermakna anda hanya mendapat separuh drpd maybank iaitu 10k sahaja.

    Ok, kita jumlah semuanya sekarang…
    10k + 15,317 + 18,051 = 43,368.

    Cuba anda bezakan jika anda biarkan pelaburan yg anda buat pada asalnya 20k selama 10thn itu tanpa sebarang tindakan, anda hanya mendapat 39,343 sahaja…jika anda buat plan a dan plan b, anda untung 4025. Lebih byk anda buat, lebih byk nilai perbezaan keuntungan tersebut…Saya dah buat, selamat mencuba!

  27. idan Says:

    Assalamualaikum,

    cadangan saudara kat atas tu saya dah cuba selama 7 tahun… saya pinjam 40K… lepas bayar sebulan RM314…. selepas 7 tahun saya cancel hutang asb loan maybank dgn baki hutang 33K… saya cuma dapat 7K je… sebab kiraan dari loan tu sama macam kita bayar rumah… utk tahun2 terawal… kita akan bayar interest lebih dari principal… dan bila nak hujung2 loan nanti baru bayar principal lebih dari interest…
    saudara kata saudara dah cuba… saya pun dah cuba… dan saya rasa tak berbaloi guna duit loan…

  28. Firma Says:

    Firma…

    [...]ASB : Melabur dlm ASB guna loan bank, Untung @ Rugi ? « Urus Kita dan Urus Kewangan[...]…

  29. unikorn Says:

    dan sambungan dari ape yang saya lakukan tanpa ASB loan dari bank.. jumlah simpanan asb saya pada 2012 telah mencecah 6 angka… bersih kesemuanya jumlah simpanan saya.. saya tak perlu bayar bank.. dan saya tak perlu tunggu selama 10 tahun utk jumlah itu… renung2 kan

  30. Jebat Says:

    Aku dah wat pinjaman asb 200k dah 3 tahun. Aku rasa ada untung.
    Aku cuma bermodalkan RM 14640. Dividen yg dapat setiap tahun berikut byr wit bulanan . Macam tu lah pusingan wit tu sampai 20tahun. Cukup 20 tahun dapatlah aku RM200K. Skg boleh faham. Simple jer aku bgtau.. hihi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: