Belajar untuk berkata tidak

TIDAK.. Mungkin bagi sesetengah orang, perkataan ‘tidak’ itu sama sekali tidak membawa apa-apa kepentingan dalam perancangan kewangan atau pun mungkin dianggap tidak ada kena mengena lansung dalam kewangan. Sebenarnya perkataan ‘tidak’ itu mempunyai peranan yang amat besar dalam perancangan kewangan seseorang.

Sebagai contoh si isteri meminta suaminya membeli sebuah kereta yang lebih besar, sedangkan itu bukan keperluan. Maka si suami ni kononnya sayang bini pun beli la sebuah kereta yang besar dan lebih besar bayaran bulanannya. Apa yang dia dapat? tak ada apa-apa melainkan sebuah kereta yg tidak akan meningkat nilainya dan menjadi beban pada kewangan beliau dan keluarga. Bayangkan si suami tadi berkata , “Tidak” kepada isterinya dan menerangkan kenapa dia tidak perlu sebuah kenderaan yang lebih besar. Mungkin sejumlah wang mampu disimpan oleh keluarga tersebut untuk persediaan menghadapi alam persaraan.

Masalah yang selalu dihadapi oleh kebanyakan orang adalah kesukaran untuk mengatakan tidak. Bagi saya sendiri untuk mengatakan tidak memerlukan bertahun-tahun kesabaran dan latihan untuk menjadi ‘kejam’. Mana tidaknya, permintaan orang kita tolak mentah-mentah begitu saja. Apa perasaan orang agaknya ketika tu. Tapi kata kawan saya orang tak kisah pun kalau kita kata tidak, tapi kena kata tidak dgn syarat. Contohnya, isteri mintak kereta besar, jangan pulak kita kata tak boleh, tetapi kita kata boleh dgn bersyarat. “Boleh, tapi kita pindah duduk dalam kereta je lah ye, sebab kereta tu bayar RM600 sebulan. Bayar rumah baru RM400. Jadi kita pindah duduk dalam kereta boleh tak. Rumah kita tu.. kita sewakan dekat orang.” Atau pun kata begini, “Boleh beli kereta besar, tapi bayaran bulanan, roadtax insuran, maintainance semua awak yang bayar. Kereta tu pun loan atas nama awak. Awak yang drive sebab awak yang perlukan kereta tu.”

Agak-agak2 berapa ramai yang boleh katakan tidak dgn bersyarat macam tu. Atau kawan-kawan yang lain modified kereta dan ajak kita modified kereta sama. Antara ayat-ayat yang akan kita dengar, “Apa barang pakai kereta standard, bikin la..” dan hari-hari bila jumpa dia akan cerita pasal kereta modified yg lebih sedap dipandu. (sedap mende, bukan boleh makan pun). Nak kata tak nak bikin nanti hari-hari kena kutuk. Tapi boleh tak agaknya kita cakap macam ni. “Wah best jugak ye ko bikin kereta ni. Aku rasa nak bikin jugak, tapi kalau aku nak test kereta ko 1 bulan boleh tak? Nak rasa best sgt ke bikin macam ko ni.. Ye la kena la test betul tak? nak keluar duit ribu-ribu ni bikin kereta. Kalau tak best baik aku simpan kat ASB, tiap tahun dapat dividen 8%. Kalau bikin kereta tapi tak best rugi je nanti.”

Dan sebenarnya kita boleh cakap perkataan tidak ni pada sesiapa saja termasuk ibubapa. Tapi biarlah bersyarat dan syaratnya antara yang paling berat ditunaikan.

Kata orang, biar kedekut sekarang (berjimat cermat) asalkan hari tua tak sengsara daripada pemurah di masa muda tapi hari tua merana (silap-silap anak pun tak mau bela, dia hantar je kat rumah org tua-tua). Oleh itu belajarlah berkata tidak untuk mengelakkan diri dari membazir dan berhutang.

Tags:

3 Responses to “Belajar untuk berkata tidak”

  1. workevil Says:

    tp kalau ader rm150k bgtau anak2 and then biler anak2 minta duit mkn pakai utk g belajar rm350/month pun kecoh, anak tu dah jd mcm peminta sedekah bial minta duit nak pg belajar!!! aper plak jenis org@bapak mcmtu ek? kalau kahwin bnyk2 pd dia xper tp utk anak2 dia pandai cakap berjimat… knp haa? aku pg belajar mcm org xcukup pakai, mkn maggie hari2 tp bpk aku nak result gempak, bila ader bayaran utk ape2 kt tmpt blajar aku jer la yg x byr tp bukan sbb aku xnak, tp mmg xder duit. u just imagine rm300/month kalau makan rm10/day cukup2 sbln… kalau kene beli buku? lgpun aku ni manusia biasa, tgk org nk mkn kt kedai kdg2 rase nak ikut… tp budget xder, nk juga pakai baju suar yg ok sket but i can’t afford it tp xpelah sbb tu pun bkn keperluan aku. aku dtg utk belajar! kwn2 kuar g jalan2 pun aku xikut.. tp aku kan manusia, ader keinginan nak ke mana2, nak itu dan ini… tp aku xmampu, member hari2 mkn nasi aku sampai makan roti.. Bila ckp kt bapak aku nak duit, dia bg ngam2 rm150 twice/month itu pun lps dia ceramah aku mcm2, tp aku ttp bersyukur sbb dpt lg duit. cuma aku terkilan kt bapak aku, biler ntah tarikh last dia belikan aku baju dgn suar aku pun xigt.. bg duit kocek nak beli sendiri pun xde.. cuma bg aku duit mkn yg sekadar cukup2, aku org lah!!! bukan kucing peliharaan, kucing pun kalau sakit tuan dia bwk g klinik. ini aku igt kalau aku sakit xpg hosp. jwbnye.. kalau berjimat pun tgk lah, ader duit bgtau anak2 then bila anak2 mintak xdpt yg sepatutnya, tapi bila utk dia enjoy ok jer plak… anak2 yg menderita, segan bila lecturer asyik tanya awak bila nak byr itu, byr ini… tekanan aku pg belajar.. buat bapak ku yg “cheap skate” gler, “ank ko g belajar xdpt duit mestilah minta duit dr ko sbb ko kan ayah, tanggungan ko… kalau dah keje for sure xmintak dah dari ko!!!” -sorry.. a little bit emo when i’m typing down this entry -.-**

  2. unikorn Says:

    Hehe… saya tak pasti ape yang awak cakap nie ada kepentingan dari segi kewangan atau tidak… tapi yang saya pasti.. 150K tu tak cukup utk keperluan ibu bapa awak bila dia bersara nanti… bagi aku (yang penah jugak belajar).. RM300/month tu mmg cukup.. sebab aku dulu dapat less than that.. mungkin orang cakap.. dulu barang murah.. sekarang barang mahal… tapi bagi aku benda sama je… aku makan sehari sekali je pun masa belajar dulu… duit buku aku carik sendiri (part time job byk.. ) kadang-kadang mmg pikir org tua aku nie kedekut gila… tapi bila pikir banyak kali.. tgk member2 keliling aku (nasib baik la member2 aku pun kebanyakannye anak org susah jugak).. kita org sama2 buat part time job sambil belajar.. bagi aku 1 je.. orang cakap ada duit sume jadi… aku pulak.. tak de duit pun bleh jadi jugak .. yang penting kita ni nak jadikan ape yg kita nak buat tu menjadi… bapak aku kasi RM200 sebulan pun aku makan kenyang.. sebab aku part time kat kedai makan…. tgh malam lepas balik keje baru study… (part time kat kedai makan dapat makan free beb).. pasal pakaian.. aku memang tak into fesyen dari sekolah.. sampai la aku keje.. jeans aku semua bundle (cikai dan murah)… t-shirt aku dulu semua beli kat bundle jugak (RM10 – 3 helai).. buruk dan lusuh.. tapi sape yang pedulik… kalau member aku yg pakai lawa2 cakap.. mende la beli baju bundle.. aku jawab senang je… korang beli baju lawa2.. harga 50-60 ringgit.. lepas tu jalan2 kat pekan.. jumpa baju yg sama dgn org lain.. dah jadi boria… baju aku bundle.. semua dari oversea… beli murah.. confirm tak de sama dgn org lain… jalan la pegi mane pun..
    sebab aku dah biasa idup macam tu dari belajar la.. sampai skang nie aku masih kekalkan pace yang sama dlm hidup aku.. cuma beza nya.. duit utk beli2 baju dan pakaian aku dah tak de.. sebab aku nak dapat baju free.. aku join event sukan… dapat la baju free boleh pakai pegi mane2.. pedulik ape kalau org nak cakap ape pun.. janji duit aku tak keluar utk beli benda2 tu… aku bersyukur sgt sebab mak bapak aku tak manja kan aku dgn duit… kurang2 aku tak de la kejutan budaya bila dapat duit selepuk gaji masa lepas keje… secara tak lansung.. aku masih belanja byk itu juga sebulan.. dan ada duit utk menyimpan… terima kasih byk2 atas sikap “berjimat cermat” mak bapak aku dulu (orang lain cakap kedekut… aku tetap cakap jimat cermat, sebab kesannya pada diri aku sekarang nie bagus..) sebab ade org … yang mak bapaknya kasi duit… lepas tu mak bapak duduk rumah besar… gaji besar.. hidup mewah… then bila dia org dah kerja sendiri.. dia org nak ikut cara hidup mak bapak dia org.. nak keta besar.. rumah besar.. hidup mewah.. lepas tu yang best.. duit tak cukup nak tampung life style (so call life style la, kalau ikut cakap orang tak de otak).. bila tak cukup duit.. apply credit card.. lepas tu hutang credit card melambak2… last2 nama black list sana sini.. nama masuk court.. at last.. muflis.. semuanya sebab nak ikut cara hidup yg dia dah biasa diajar dari kecik… dia org tak pikir pulak.. mak bapak dia org keje dari muda.. sampai tua baru dapat hidup macam tu… dia org pulak.. baru nak belajar hidup.. dah nak ikut cara mak bapak dia hidup sekarang…
    sebab tu kadang2 sebelum aku nak marah pasal dari kecik asik tak dapat je ape yg aku nak.. aku selalu pikir balik… kurang2nya mak bapak aku buleh jugak antar aku belajar… dari org lain yang mmg nak habiskan sekolah pun tak mampu… kalau ko rasa ape yg bapak ko kasi tak cukup… try your best to get it by your own.. macam yg aku penah buat.. insyaAllah.. ko akan blajar byk benda yang akan bantu ko bila masa ko dah kerja besok… caya la cakap aku…

    p/s : dlm hal kewangan, emosi sepatutnya diletakkan pada tangga yg paling akhir… aku tak sokong bapak ko.. atau pun ko.. cuma kalau ko pikir tanpa libatkan emosi aku rasa ko boleh nampak ape yg aku nampak..

  3. workevil Says:

    yup…brilliant idea =) tq i should leave my “emo” far away from my life…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: