Kuasa Paling Kuat Dalam Diri Kita

Terdapat banyak cara dan langkah yang boleh diambil bagi seseorang untuk mencapai matlamat hidup/kewangan untuk jangka pendek atau panjang. Malangnya kebanyakan dari kita cuma memikirkan cara untuk melakukan perkara-perkara yang tanpa kita sedar bahawa kita tidak mempunyai tujuan untuk melakukan perkara tersebut. Ini berlaku kerana kita tidak menetapkan matlamat hidup kita.

Sebenarnya matlamat hidup (goal setting) adalah satu langkah yang paling berkuasa untuk kita mencapai impian kita dalam hidup. Ramai orang telah berjaya dengan cara menetapkan matlamat ini. Saya sendiri baru bermula dan telah mula menampakkan hasilnya (mungkin bagi sesetengah orang, hasil yg saya capai itu biasa-biasa saja. Bagi saya pula, biasa-biasa itu lebih baik dari tidak mencapai apa-apa). Perlu diingatkan, yang saya ada menyebut baru bermula. Erm.. mungkin itu terlalu subjektif. Ketika saya menulis artikel ini, saya baru bermula sekitar 5 bulan (tarikh artikel ini boleh dilihat sendiri).

Masalah kenapa kita tidak menetapkan matlamat kita, adalah kita tidak mengetahui cara yang betul untuk menetapkan matlamat. Kebanyakan dari kita biasa berangan-angan untuk mencapai sesuatu pada satu hari nanti. Sebenarnya itu juga adalah matlamat, cuma ia tidak jelas kerana ia disimpan dalam kotak fikiran kita (yang mana kita juga selalu berfikir tentang perkara-perkara lain). Ini akan membuat impian dan matlamat kita kabur. Jadi apa yang patut kita lakukan. Jawapannya mudah sekali, iaitu kita cuma perlu menuliskan impian kita di atas sebuah kertas. Lengkap dengan perkara yang kita mahu, nilainya, bila dan apakah balasan kita kepada umum sekiranya matlamat itu dapat dicapai (setiap perkara ada harganya kawanku).

Mari kita lihat satu contoh cara menetapkan matlamat,

“Saya ingin membebaskan diri dari belenggu hutang, mempunyai kebebasan kewangan dengan nilai asset bersih RM2 juta pada tahun Disember 2020.
Sebagai balasan saya akan membantu anak bangsa saya yang memerlukan bantuan.
Sebagai balasan saya akan membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Sebagai balasan saya akan bekerja lebih kuat untuk memajukan anak bangsa.”

Disini kita telah dapat lihat satu penetapan matlamat yg lengkap. Perkaranya bebas hutang dan kebebasan kewangan. Nilainya ialah nilai asset bersih RM2juta dan jangkamasanya sehingga Disember 2020. Dan balasannya sekiranya dia dapat mencapat matlamatnya.

Tetapi matlamat di atas tidak lengkap jika kita cuma menulisnya di atas sehelai kertas kecil yang kemudian disimpan di dalam file peribadi. Sebaliknya kita perlu menuliskan matlamat ini pada helaian besar dan ditampal di mana-mana bahagian dalam rumah yang akan kita baca setiap hari (ini akan membuatkan anda sentiasa ingat dan secara tidak lansung ia akan menjadi doa yang anda baca setiap hari).

Dan jangan lupa, tandatangani matlamat anda berserta tarikhnya sekali kerana ini menunjukkan anda berikrar untuk mencapai matlamat tersebut dan anda akan bekerja keras untuk mencapainya.

Untuk lebih menarik, anda boleh membuat visualization bagi setiap matlamat anda, sebagai contoh :
RM1 juta juga bermula dengan RM1, betul atau tidak. Jadi anda ambil 2 keping RM1 dari dompet anda dan tambah nombor ,000,000 dibelakang RM1 itu. Dan simpan satu salinan dalam dompet dan satu salinan lagi tampalkan pada matlamat anda.
Jika mahukan rumah yang besar, carilah gambar rumah impian anda dan tampalkan bersama matlamat anda.
Begitu juga dengan matlamat anda yang lain. Jadi kenapa anda tidak mulakan dengan menulis satu matlamat hidup anda untuk masa depan sekarang juga.

Tags: ,

2 Responses to “Kuasa Paling Kuat Dalam Diri Kita”

  1. hanna Says:

    bagusnye column pengurusan kewangan ni.saya sedang membaca buku ‘rich dad poor dad’ oleh Robert T Kiyosaki.Beliau ada menyarankan utk menetapkan matlamat dan berusaha menambahkan cash flow dari aset yg kita ada dan pada masa yg sama mengurangkan expenses dan mengelakan liabiliti.Bolehkan sesiapa memberi pendapat bagaimana caranya bagi saya yg masih muda dan baru bekerja 2 tahun ini?pada usia ini saya tiada apa2 aset yg boleh digunakan utk keuntungan.saya hanya mampu menyimpan 500 sebulan di dalam asb.

  2. unikorn Says:

    ermm hanna.. kalau awak tanya saya macammane nak buat aset utk menjana keuntungan.. saya rasa awak patut mengelakkan diri dari liabiliti dulu .. dlm kata lain.. hutang yang tak bawa apa2 keuntungan pada anda.. contoh hutang kereta (sebab kereta sentiasa susut nilai).. hutang personal loan (sebab awak akan ikat leher awak dgn bank sampai habis bayar hutang).. hutang utk memulakan perniagaan (pinjaman perniagaan cuma patut dibuat utk membesarkan perniagaan.. bukan utk memulakan atau utk menyelamatkan perniagaan itu)..
    simpanan 500 awak tu dah kira bagus lah utk permulaan 2 tahun nie.. saya pun cuma mampu simpan maksimum RM300 sebulan je utk tahun2 permulaan saya.. formula yg sy pakai 30% dari gaji bersih saya akan masuk ke ASB.. sy tak menyimpan di tempat lain utk tempoh 7 tahun pertama menyimpan.. yang penting cuba penuh kan asb awak … (saya pun sedang berusaha ke arah itu)
    kalau boleh .. menyewa biar dekat dgn ofis.. lebih baik sewa 400 sebulan.. dari sewa sebulan 100.. tapi transportation awak RM500 sebulan (beli kereta bayar sebulan RM300 – minyak & tol 200).. ermm beli rumah utk disewakan.. blajar lah dgn org2 yang dah ade 3-4 bijik rumah sewa.. bukan belajar dgn org yang beli rumah 2-3 ratus ribu lepas tu bulan2 keluar duit sendiri RM2000 utk byr rumah.. hehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: