Pengumuman Keuntungan ASB

KUALA LUMPUR, 18 Disember 2007: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 8.00 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007.

Kadar pengagihan pendapatan ini meningkat sebanyak 0.70 sen seunit berbanding kadar yang diagihkan tahun lalu iaitu 7.30 sen seunit. Kadar bonus pada tahun ini ialah 1.00 sen seunit berbanding 1.25 sen seunit pada tahun lalu. Jumlah pengagihan pendapatan dan bonus sebanyak 9.00 sen seunit pada tahun ini merupakan peningkatan sebanyak 0.45 sen seunit berbanding pada tahun lalu sebanyak 8.55 sen seunit.

Pengagihan pendapatan tersebut akan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM4,290 juta, peningkatan sebanyak RM798 juta atau 22.85 peratus, berbanding dengan RM3,492 juta yang dibayar pada tahun lalu. Sementara itu, pembayaran bonus pula membabitkan peruntukan sebanyak RM354.47 juta.

Pengerusi PNB, Tan Sri Ahmad Sarji berkata, seramai 6.35 juta pemegang unit yang telah melanggan sejumlah 55.22 bilion unit ASB akan menerima manfaat daripada pengagihan pendapatan itu.

Sehingga 13 Disember, 2007, ASB telah memperolehi pendapatan kasar sebanyak RM5,130 juta, kenaikan sebanyak RM1,159 juta atau 29.19 peratus berbanding dengan RM3,971 juta yang diperolehi dalam tahun kewangan 2006.

Pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburan menyumbang sebanyak RM2,811 juta atau 54.80 peratus kepada jumlah pendapatan kasar tersebut.

Keuntungan daripada penjualan pelaburan menyumbang sebanyak RM2,005 juta atau 39.08 peratus. Selebihnya RM314 juta atau 6.12 peratus diperolehi melalui pendapatan pelaburan instrumen jangka pendek.

Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2007. Manakala, pengiraan bonus pula adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan untuk tempoh 10 tahun dari tahun 1998 sehingga 2007.

Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan masing-masing. Para pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB masing-masing mulai 2 Januari 2008.

Semua urusniaga bagi ASB di Ibu Pejabat ASNB, pejabat-pejabat dan ejen-ejen ASNB di seluruh negara akan ditangguhkan pada 21 Disember, 2007 sehingga 1 Januari, 2008 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus.

ASB adalah sebuah tabung ekuiti pendapatan yang berharga tetap, disasarkan kepada Bumiputera yang berumur 12 tahun dan ke atas dengan matlamat menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten serta pengekalan modal pada tahap risiko yang munasabah.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Di atas adalah petikan dari keratan akhbar mengenai pengumuman agihan pendapatanย  bagi Amanah Saham Bumiputera bagi tahun 2007. Persoalannya sekarang adalah bagaimana kita menggunakan keuntungan ASB tersebut. Antara jawapan yang biasa kita dengar bila kita bercerita mengenai dividen dan bonus asb :

  1. Apa lagi, jum g shopping sampai terlondeh (shop till you drop) .
  2. Biar je lah dalam akaun tu, biar dia beranak pinak.
  3. Duit dividen asb digunakan untuk pelaburan kat tempat lain pulak (dividen + bonus ASB tu freemoney guna utk pelaburan lain pun bagus juga sebab kita tak tanggung risiko). Biar dalam asb pun tak pe sebetulnya.
  4. pegi bayar duit muka kereta baru (hehe kalau kereta dikira pelaburan la.. tapi bagi saya, kereta tu bukan pelaburan)
  5. duit dividen asb digunakan utk menyelesaikan saki baki hutang yang ada. (dah kurang komitmen bulanan)
  6. duit dividen asb kita boleh guna sebagai modal utk duit muka beli rumah (10% selain dari guna duit kwsp)
  7. duit dividen asb boleh guna buat bayar bulanan rumah (kalau asb dah penuh, paling tak de RM16000 setahun boleh guna utk bayar ansuran rumah).
  8. masuk stock exchange. High risk = high gain. Tapi bukan ke dividen asb tu free money, jadi no risk = high gain hehehe (tapi ini kalo ada ilmu le, kalo tak de ilmu tak guna jugak). aku pun tgh nak belajar pasal ni.

Sebenarnya macam-macam perkara kita boleh buat (kalau kita ada duitlah). Yang penting diri kita mampu ke kawal nafsu berbelanja masa muda ni untuk capai kebebasan kewangan lebih cepat demi masa depan.

Tags: ,

27 Responses to “Pengumuman Keuntungan ASB”

  1. mat Says:

    sapa tahu nak masukkan duit ke asb pakai maybank2u….ada ker

  2. unikorn Says:

    Setahu saya tak de cara nak bayar dari maybank2u… tapi ape kata kalau abg decide 30% dari gaji abg tu.. buat autodebit dari akaun bank abg terus potong ke ASB… kan cara macam tu lebih mudah.. auto saving… kalau majikan boleh buat pemotongan terus ke asb lagi bagus.. semua saving abg lepas tu automatik.. david bach ade sebut pasal auto millionaire nie dlm buku dia… dlm kata lain kita minimizekan kos2 yang berkaitan utk kita buat simpanan kita..๐Ÿ™‚ (contoh, kos minyak, kos parking, kos ape2 je la)

  3. sheagirl Says:

    autodebt tu maknanya buat SI ke?

  4. unikorn Says:

    autodebit dgn SI tu sama je lebih kurang… yang berbeza mungkin charge.. ade SI charge sekali je.. lepas tu bulan2 dia tak de charge.. autodebit tu confirm sebulan charge RM1 utk 1 transaksi

  5. sheagirl Says:

    boleh ye buat SI ke ASB?

  6. mat Says:

    sy ada sedikit simpanan yg agak banyak dlm asb…..so baru2 ni sy dah mula berangan-angan dengan dividen plus bonus katanya 9% bg 2007 baru ni…..tadi sy pi semak baki kat cimb….terkejut juga sy sebab baki sy hanya bertambah sebanyak 700 jer…sedangkan sy ingat hampir 3 ribu sy akan dpt….sy pandai mengira….sy pandai psl business math…tapi sy nak pihak tertentu bagi tahu sikit mcm mana dividen 9% tu dikira….apa penalti kalau kena…apa syaratnya…pihak kaunter cimb tak dpt jelaskan…jelaskan bg sy dan maybe org ramai tahu…mcm mana dia dikira…

  7. unikorn Says:

    abg mat simpan kat asb guna asb loan ke.. atau simpanan sendiri bulan2… kalau guna asb loan.. adakah masa buat loan tu dia ada kasi tau yg dividen abg mat tu guna utk bayar semula asb loan abg mat… atau abg mat amik dividen dan bayar asb loan bulan2 …

    lagi satu kiraan asb adalah berdasarkan baki terendah bulanan…. contoh:

    simpanan 1/1/2007 – RM10000
    pengeluaran 9/1/2007 – RM5000
    jadi dividen bulan itu dikira sebagai = (RM10000 – RM5000) X 8%

    dan kalau kita tak tambah simpanan sebelum habis bulan 1 jadi bulan dua baki terendah kita = RM5000 dan kiraan akan sama seperti di atas… baki terendah (RM5000 X 8%)

    jadi tips utk mengelakkan dividen kita ciput… simpanan kat asb tu adalah simpanan tegar, tak boleh keluarkan sesuka hati… ada cara utk keluarkan simpanan asb dan dividen masih dikira atas nilai asal.. tapi tak perlulah saya ceritakan secara detail disini…

    untuk kiraan bonus pulak dia akan kira jumlah simpanan kita selama 10 tahun .. dalam kata lain… bonus 1% tu akan dibahagikan dengan 10… kalau dah simpan asb 10 tahun.. byk la bonus… kalau baru nak simpan setahun.. jadi dia akan kira la jumlah simpanan X 1% X 1/10…

    macam abg mat tanya cimb macam mane boleh dapat 700 tu dia mmg tak dalat nak jelaskan.. sebab dia org cuma agen asb je.. dia tak kisah pun abg mat dapat berapa ribu atau berapa ratus dividen hasil simpanan kat asb… dia org sama je macam sesetgh agen insuran yang tau jual insuran tapi bila mintak terangkan polisi secara detail biasanya byk yang terangkan salah dan berbelit2… ada ke cadangkan org beli insuran utk simpanan hari tua… berapa % je dia kasi… KWSP bagi 5.8% lagi tinggi dari simpanan kat insuran.. lepas tu kalau kita keluarkan simpanan tu sebelum matang.. kita cuma dapat simpanan pokok je…. tak de pembayaran bonus atas simpanan (yang nie mmg agen insuran tak kasi tau)… jadi baiknya simpan je di asb… jangan keluarkan lansung selama bertahun2.. tgk ape jadi dengan dividen kita tahun depan… dan kalau simpan guna asb loan yang mana dividen buat bayar balik pinjaman.. kene tunggu lah sampai tempoh pembayaran habis baru buat duit … itu saja bezanya… bagi saya pulak.. kenapa saya nak tunggu 10/15/20 tahun untuk guna duit saya kalau saya boleh maximumkan penggunaannya sekarang.

  8. lees Says:

    erk… tak paham sangat.
    boleh terangkan dengan lebih mudah?
    sebab saya baru beerja nih…taktau camner nak urus duit.
    so, nak tengok2 pelaburan dalam asb.

    and saya ada soalan.
    kalo gaji kita RM2000. katakan tolak EPF tinggal RM1700.
    jadi, berapa nak masuk dalam asb?

    lagi pulak nak simpan duit kawin tahun depan…
    boleh bagi idea???

  9. unikorn Says:

    ermmm kalau awak boleh hidup sebulan dgn belanja RM1000.. simpan lah RM700 di ASB…. hehe kalau sebaliknya.. lagi bagus.. setahun menyimpan bleh ade 12K….

    cik lees… dalam asb tak de pelaburan… asb tu cuma simpanan je bagi saya.. baiknya simpanan kat asb nie.. dia bagi kita agihan pendapatan yg agak baik.. konsisten 8% setahun +/- …

    yang penting jgn buat hutang baru.. simpan sebanyak mungkin… insyaAllah tak de yang mustahil untuk awak

  10. Danial Zulkhairi Says:

    Ambo baru terfikir….

    Saya ada juga dimaklum simpanan kat ASB kita kena keluarkan sendiri zakatnya. Saya nak kepastian sebab yang saya maklum kadarnya ialah 2.5% dari jumlah simpanan kita setahun. Kalau sesiapa ada info tolong confirmkan benda ni.

    Sebab kita nakkan kebersihan pitis kita, sebab dah ramai orang kaya jatuh miskin balik dan tidak mustahil kalau Dia nak jadikan simpanan kita kosong balik…mudah2an kita mendapat keberkatan.

    Sebab zakat ni kita kena bagi kepada asnaf2 dgn niat berzakat, bukannya memadai dgn duk buat majlis makan kat kawan2.

    Mudah2an kita mendapat keberkatan………..

  11. unikorn Says:

    Assalamualaikum…

    ASB tak bayar zakat kita… kalau nak bayar.. itu dah dia kiraannya nya 2.5% dari dividen… itu la yang kita kene zakatkan setiap kali dapat dividen… sebab bapak saya kata… (ni sebelum keluar yg hukum simpanan asb harus ye)… bapak saya sentiasa zakatkan keuntungan ASB yg dia dapat… tak kisahlah org kata simpan kat ASB tu hukum camner2..

  12. kamal Says:

    (unicorn macam tokey laman web ini)…..iaitu cerita2 pasal asb….saya selalu masuk ke sini utk baca sebab maklumat nye praktikal…..tapi yg tak bestnya…macam tak ramai yg mengunjung ke sini….so unicorn buat ler iklan ker ape ke supaya bila org search jer terus dapat masuk….bagi ramai pengunjung….sbb setakat ni nak cari satu respon sebulan pun susah….saya minat pasal asb ni ataupun pasal jimat cermat duit….tapi saya tak reti pasal komputer…..tiap kali saya tgk internet mesti hati saya berterima kasih kat dr mahathir kerana menjadikan komputer ni mcm kita makan nasi…

  13. unikorn Says:

    Terima kasih En. Kamal sebab rajin nak mengadap blog suka2 saya ni..๐Ÿ™‚ sebenarnya blog ni saya buat suka-suka untuk menceritakan ape yang saya pikir atau berkongsi apa-apa artikle yang saya baca di internet atau majalah. Bukan tak buat iklan.. tapi kata orang kita cuma boleh kasi tau orang.. kalau orang tak berminat, kita tak boleh paksa orang ikut kita.. betul tak..

    lagi satu apa yang saya kongsi nie pasal perkara-perkara yang membosankan… nak simpan duit memang satu benda yang membosankan.. kalau simpan duit tu seronok.. ramai dah orang jadi kaya raya dalam dunia nie… Dalam buku Jutawan Dari Planet Jupiter pun ada cakap, yang dia (Azizi Ali) jadi kaya dengan cara paling bosan, iaitu menyimpan… Dan Azizi Ali ada cakap tak ada jalan yang seronok untuk jadi kaya.. semua cara untuk jadi kaya tu membosankan.. sebab tu ramai orang tak boleh jadi kaya… saya tak kata la yang saya nak kaya raya … cuma matlamat jangka pendek saya.. tak mahu dibebankan dengan hutang dan masalah kenaikan harga barang… jadi ASB ni antara alat yang boleh digunakan untuk generate income untuk kita.. setahun sekali pun.. kalau setahun tu dapat bonus RM16K… rasa2 cukup la untuk tampung belanja hari2… dan yang penting sekali.. tak perlu risau hari persaraan esok… (sebab duit dividen yg banyak macam tu kita boleh buat investment ke tempat2 yang kasi pulangan lagi banyak).

    Berbalik pada soal tak ramai yang masuk sini… apa kata abg cuba kasi tau blog nie pada kawan-kawan abg… memang la saya tak cerita pasal cara-cara nak simpan duit atau nak jadi senang sgt… tapi saya suka cerita pasal cara kita nak ubah minda kita supaya boleh menyimpan …

  14. workevil Says:

    yup…pasal asb paling sy suker dalam nie.. tp nak buka pun tatau mcmner… kt bank cimb, maybank mcm ader tp takut la nak tanye…pjbt pos ader gak kan.. tips nak saving duit pun ok sgt2 hehe… thanks, masih ader org yg nak berbudi..thanks a lot

  15. unikorn Says:

    bro… nak simpan duit sendiri pun ko takut2 nak tanye ke… maybank ade.. cimb ade.. rhb ade… pejabat pos pun buleh… kalo lagi rajin ko pegi pejabat pnb terus.. hehehe ape la susah sgt… pegi cakap je.. akak… den nak bukak buku asb buleh ko… kalau tak buleh den poie tompek lain yang buleh… aku cadangkan elok ko pegi kat pejabat pos… sebab.. pejabat pos takkan offer ko asb loan… hehehe kalau ko pegi bank… dia akan offer asb loan (yg nampak macam menarik… tapi lepas tu ko menyesal)

  16. workevil Says:

    tq bro =)

  17. nike girl Says:

    unikorn, nak tanye sket u punye pendapat… sbb u ade kate psl asb loan yang nmpk mcm menarik… tapi lepas tu menyesal… erm… sbnrnye terpikir gak kenapa perlu menyesal klau buat asb loan nie?? bukan ke dividen dan bonus yg kite akan dpt setiap tahun ats jumlah loan yg kite buat tu? (contohnye klau kite buat loan 50k, kite akan dpt around 4k every year klau 8%)

  18. unikorn Says:

    jawapan saya senang…. asb = simpanan = alat utk menambah aliran tunai kita… itu pun kalau kita menyimpan sendiri… kalau loan asb pulak.. pinjam 50K hutang 20 tahun… setahun dapat 4K.. option dia 4 K nie nak bayar balik loan… atau gaji kita bayar loan.. dividen simpan… biasanya org tanak guna gaji.. sebab org nak belanja puas2.. lepas tu dividen bayar hutang… lepas 20 tahun dapat 50K… bagi saya pulak.. kenapa nak tunggu 20 tahun.. kalau boleh dapat 50K dalam 3-4 tahun dengan menyimpan… ditambah dgn teknik yg betul… 50K tuh 2-3 tahun dah boleh dapat dalam ASB… lepas tu kalau tak mau jugak menyimpan penuh sampai 200K.. biar je la 50K tu kat situ utk dividen 4K setahun tu… dan semua nie cuba boleh dibuat dgn simpanan sendiri tanpa buat ASB loan… sebab bagi saya.. bank dah cukup kaya.. tak perlu kita kayakan lagi bank (dgn kata lain, interest yg kita bayar ke bank tu = kita nie jadi kuli keje dgn bank selama 20 tahun hutang kita tu)… kalau 20 tahun tu keje untuk diri sendiri.. tak tau la byk mane dah duit kita dapat

    just my 2 cents

  19. nike girl Says:

    ermmm… ok.. nak tanye pendapat lg.. hihihi.. camne ek caranye nak dpt 50K (target skang ;p) dlm masa yg paling singkt and tak perlu tuggu sampai 20 thn.. erm.. k.. katekan skang gaji rm2400 jer.. n tolak byr kete, umah, dll adela 500 utk simpanan.. so dgn 500 sbln jer, camne nak dpt 50k dlm 2-3thn… sob sob ;( boleh share tak???

  20. unikorn Says:

    saya tak de detail pasal financial awak.. yang saya boleh cakap.. simpan semaksima yang boleh (kalau terpaksa pegi keje naik bas) hehehe naik lah bas.. macam saya masa dulu duduk rumah depan opis je… nak jimatkan kos pengangkutan.. pegi keje jalan kaki… kalau bujang belum kawin.. tapi dah beli rumah… sewakan la bilik yg ada kat rumah tu pada org2 bujang yg lain.. at least kita tak bayar duit ansuran bulanan rumah kat bank.. dan duit yg dulu buat bayar rumah bulan-bulan dulu tu.. dah boleh tambah simpanan… yg penting bukan 50K dalam masa terdekat… tapi macam mane nak uruskan duit tu dgn lebih baik… kata org… duit tu hamba yang baik tapi bila dia jadi tuan.. itu yang susah.. asik tak cukup je.. hehehe .. jadi sebelum jadi tak cukup.. baik kita buat bahagian pertahanan dulu … (asb tu boleh dikira bahagian pertahanan)… bila pertahanan dan asas kewangan tu dah cukup kuat.. baru pikir macam mane nak penuh kan asb tu 200K dalam masa yang lebih cepat…

  21. nike girl Says:

    ermm…kete tu dah mmg jd keperluan.. takleh klau tak gune sbb public transport sgt la susah area umah saya tu.. rumah plak saya menyewa aje.. tgh plan nak beli rumah tp tak kesampaian lagi.. insyaAllah budget nak beli dlm thn dpn..๐Ÿ˜‰

    lepas bc pg “pelaburan asb untung or rugi??” br terbuka sket pikiran saya.. erm… actually skang ni saya dh buat loan asb.. br 2 thn byr.. tak byk.. 30k jer utk 10 thn..maknanye lg 8 thn br abis.. so sy kene byr around rm351 sebln..skang sy tgh berkira-kira utk cptkan tmpoh byran supaya tak perlu tunggu sampai 10 thn..klau bleh nk bis kan cpt2 n pastu stat menyimpan sendiri n tak nak buat loan lg.. hikhik.. cuma sy perlu disiplinkan diri la lps ni.. susah juge tu sbb bile nampak duit dpn mata mula la mcm2 nak beli.. ;p

  22. unikorn Says:

    kalau sy… sy tak beli rumah utk duduk … saya menyewa je dulu.. hehe rumah utk duduk 30 tahun punya komitmen tu.. kalau boleh biar la rumah yg kita nak duduk tu.. org yg bayarkan.. hehehe … ermm ape kata awak cancel je loan tu… nanti bayar beza pinjaman tu atau pun dpt duit sikit dari hasil bank tebus sijil awak tu nanti… lepas tu .. mula la menyimpan 800 ke 1000 sebulan…

  23. nike girl Says:

    ermm.. betul juge kan.. muda2 ni menyewa dulu pun takpe.. klau ade rezeki lebih leh la pikir nak beli umah..๐Ÿ˜‰
    mcm pernah juge terpikir nak cancel loan tu.. tp ade pape consequences tak?? mcm awk kate kene byr beza pinjaman tu ape ek? byk ke?? tak phm lak bab tu.. ermm.. klau nak tebus sijil tu ade kene byr pape ke?? ermm… penin plak tetibe.. mmg klau bleh nak simpan dlm rm800 sebulan.. puas hati bile tgk duit bertambah2 dlm acc asb.. seronok..๐Ÿ˜‰

  24. unikorn Says:

    hehehe ape nak pening awak… saya dah cerita tadi kan… tak pe.. awak cuba dulu .. nanti kalau tak boleh nanti cakap kat saya… hehe buat ape kita keje dgn bank kan.. dari kita keje dgn bank.. baik kita buat bank pulak keje dgn kita

  25. NURUL Says:

    kalau nak jadi kaya/berjaya……salah satunya…tidur biar lewat buat kerja…..tapi bangun awal setengah jam sebelum subuh

  26. sakura Says:

    hai..sy nak tyer cam mane kite nak saving duit rm25000 dlm mase 2 thun??? asb loan or asb biasa jer..jenuh ar sy pk..so i need ur opinion…tq..

  27. unikorn Says:

    hii sakura… camner ek nak kata… kalau logik nya.. sebulan simpan lebih kurang 1000 tuh kalau dan simpan 25k setahun… simpan je.. tak yah lah asb2 loan tu…

    kalau tak boley buat 1k sebulan simpanan.. turun kan lah… dan panjangkan jangkawaktu… sasaran biar yg realistik utk kita capai… macam2 cara…. beli emas pun boley jugak… sebab nilai emas meningkat hari demi hari… beli rumah pun boley… kawan sy beli rumah baru2 nie.. dapat kunci terus advertise di saluran2 yg tertentu.. sehari pun tak sampai.. ada dah orang nak beli rumah tu dgn margin untung dia lebih kurang 40K… tak perlu tunggu 2 tahun pun kan hehe.. tapi itu dia.. sy pun tak berani nak buat macam dia tu.. hehe risk tolarance sy tak tinggi macam dia.. hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: