Langkah Pertama Untuk Menyenangkan Diri Sendiri

Bagi saya langkah yang pertama dan paling mudah untuk menyenangkan/mengkayakan diri sendiri adalah dengan MENGUBAH SIKAP. Kita perlu membuat perubahan sikap berbeza dengan apa yang biasa dilakukan oleh masyarakat sekeliling kita.

Contoh perubahan yang paling mudah:

Sekiranya anda membayar 1/3 gaji anda untuk ansuran kereta dan merasakan ianya satu pelaburan yang berbaloi dan merasakan bahawa menyimpan 1/3 daripada jumlah pendapatan anda ke akaun simpanan/pelaburan itu adalah membebankan. Maka sebagai sahabat saya cuma mampu berkata,  “Kawan ku, sedarlah bahawa anda sedang berdepan dengan masalah sikap yang kronik, dan sedarlah dengan berfikiran begini (1/3 dari gaji untuk ansuran kereta lebih baik dari menyimpan untuk pelaburan) anda sedang mencipta satu rangkaian masalah kewangan yang lebih besar bagi anda di masa hadapan”.

Sekiranya anda sanggup menghabiskan ratusan ringgit untuk membayar bil telefon atau topup talian prabayar anda kerana merasakan ianya satu keperluan penting dan anda rasa anda patut bayar untuk jumlah itu, sebaliknya anda rasa ianya adalah satu pembaziran bila mana wang itu dibayar untuk membeli buku-buku kewangan atau menghadiri seminar kewangan. Percayalah kawan ku, anda berhadapan dengan masalah jiwa yang parah dan anda sedang menambah parah pada keadaan kewangan anda sekarang.

Sekiranya anda sanggup menunggu dan memerah otak selama 5 tahun untuk mendapatkan segulung ijazah yang belum pasti menjanjikan apa-apa untuk masa depan anda tetapi selepas keluar bekerja anda tidak mampu untuk bersabar selama 5 tahun lagi untuk membina satu asas kewangan yang kukuh melalui simpanan atau pengumpulan aset. Sesungguhnya anda sepatutnya tidak memulakan perubahan hidup anda 5 tahun sebelum itu (pergi ke menara gading) kerana dalam kata lain anda tidak perlu bersusah payah belajar selama 5 tahun untuk mencipta masalah kewangan 10 tahun kemudian. Sabahatku, dengan tidak mempersiapkan diri anda selama 5 tahun dengan penyimpan dan mengumpul harta, anda sedang mencipta kehancuran masa depan anda menjelang hari tua.

Semua diatas cuma memerlukan perubahan sikap. Anda bermula amat mudah dengan mengubah sikap dan cara berfikir. Keluar dari cara pemikiran biasa, lihat sekeliling anda, lihat rakan-rakan anda kemudian berfikir,  “Jika aku menyimpan RM500 sebulan di ASB selama 9 tahun ape yang aku dapat, dan sekiranya aku menyimpan RM500 dalam bentuk sebuah kereta selama 9 tahun apa yang aku dapat” .  Jika anda cuma nampak 9 tahun itu sebuah kereta yang cantik”,  dengan sedihnya saya mengatakan anda gila.  Maaf kawanku kerana 9 tahun menyimpan dalam bentuk kereta cuma mendatangkan lebih banyak masalah. Kereta semakin berusia dan mungkin selalu rosak. Tetapi simpanan selama 9 tahun mampu menjana lebih banyak pendapatan (wang percuma dari keuntungan) di masa akan datang.

Semuanya bermula dengan perubahan sikap.

Kalau anda tahu yang anda memang tidak pernah cukup duit setiap bulan, maka anda perlu ubah cara pengurusan kewangan anda. Anda selalu mengeluh kerana beban hutang yang banyak, anda perlu mengubah cara hidup anda. Anda perlu belajar cara menguruskan kewangan dengan betul. Kalau anda sekadar mengeluh dan tidak berbuat apa-apa, maka anda tidak akan mengubah apa-apa langsung.

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: