Simpan atau labur, yang mana dulu

Kenapa simpanan adalah satu perkara utama yang hari diletakkan sebagai perkara pertama sebelum kita membuat apa-apa perancangan kewangan. Ini kerana simpanan tersebut adalah satu sumber modal tunai yang kita ada tanpa perlu menambah beban hutang untuk memulakan pelaburan di tempat lain.

Artikel kali ini saya cuba berkongsi tentang peluang-peluang pelaburan yang ada setelah anda menyimpan.

1. Savings Account

Ini bukan tempat pelaburan. Tapi anda perlu ada sejumlah wang tunai yang mencukupi di dalamnya.

2. Fixed Deposit

Perbankan Islam melabelkannya sebagai pelaburan mudharabah. Pulangannya sekitar 2-4% mengikut tarikh matang. Anda simpan RM 10,000 di dalamnya dengan pulangan sekitar 2-4% dan bank pula memberikan pinjaman kepada anda dengan kadar 8% setahun (faedah / keuntungan). Siapa lagi bijak? Anda atau bank?

3. Amanah Saham

Anda menyimpan RM 10,000 di dalamnya, dan belum sempat duit anda dilaburkan ia sudah susut nilai kira-kira 5-8% akibat upfront fee dan tiap-tiap tahun ia susut nilai lagi antara 0.5-2% untuk management fee. Dan anda pula mengharap pulangan 8-12% setahun, kalau ada untung.

4. Tabung Haji

Anda menyimpan RM 10,000 di dalamnya untuk menunaikan haji! Anggaplah 4-5% pulangan di dalamnya sebagai booster dari Allah swt agar kita cepat-cepat menjadi tetamu Baitullah. Sebaiknya, tak payahlah keluarkan duit dalam Tabung Haji ni selagi anda belum menunaikan haji. Ni asyik kata tak datang seru je.

5. KWSP

Kalau anda bekerja di Malaysia dan tidak ada akaun KWSP, cepat-cepat berhenti dan cari syarikat lain. Bersyukurlah KWSP memberikan anda pulangan walaupun sekitar 4-5% sahaja. Bukan mudah nak uruskan dana yang berbilion di dalamnya. Ia duit hari tua anda dan anda boleh gunakan akaun 2 untuk pembelian rumah.

6. Amanah Saham Bumiputera

Untuk Bumiputera sahaja. ASB tidak ada upfront fee. ASB tidak ada management fee. Duit anda tidak susut nilai walaupun 0.001% pun sebelum ia dilaburkan. ASB bagi pulangan konsisten 8-10% dalam bonus dan dividen. RM 10,000 yang anda simpan, hujung tahun dapat RM 800. Tidak mahu menyimpan di dalamnya sebab ada pendapat yang menyatakan ASB haram? Itu pilihan anda.

7. Exchange Traded Fund

Amanah saham yang didagangkan di dalam bursa. Tetapi malangnya ia belum ada lagi di Bursa Malaysia. Upfront fee & Management fee yang minima. Boleh tanya Singapore Exchange kalau berminat lebih lanjut.

8. Saham Bank Rakyat

Pulangan 15% setahun yang konsisten kebelakangan ini. RM 10,000 yang anda simpan, anda dapat RM 1,500 pada hujung tahun dan ia sudah dizakatkan. Setakat penulisan ini ditulis, anda masih perlu queue untuk menyertainya.

9. Saham

Ada ilmu tertentu untuk melabur? Pilihlah sama ada mahu jadi fundamental investor atau technical investor. Kalau malas nak belajar, pergi cari amanah saham sahaja. Jangan menggatal nak beli saham IPO ke, 2nd Board, MESDAQ ke, 1st board ke ke kalau belum tahu baca financial statement atau mengenali bar chart, candlestick, P&F Chart dan sebagainya.

10. Warrant & Options

Adik beradik tiri. Warrant, bapak dia syarikat awam berhad. Options, bapak dia stock exchange. Lagi volatile dari saham. Hak untuk membeli saham. Stock options belum ada di Malaysia. Hanya warrant sahaja yang boleh dijual beli setakat ini.

11. Futures & Commodity

Pasaran hadapan. Indeks saham ada. Kelapa sawit mentah pun ada. Itu sahaja yang ada di Malaysia. Kalau berminat dengan indeks saham luar negara, emas, perak, minyak mentah, kacang soya, besi, kopi, kapas dan sebagainya sila rujuk ke pasaran luar negara.

12. Forex

Perdagangan matawang asing. Hati-hati, terlalu banyak scam forex. Pilih broker yang betul. Kalau takde ilmu pelaburan tertentu, lupakanlah sekejap, dan pergi belajar dulu.

13. Bon

Kalau baru ada RM 999,999 lupakanlah sahaja nak melabur dalam pasaran bon. Di Malaysia, hanya pelabur institusi yang menguasainya dan individu tertentu yang ada net worth yang sangat tinggi.

14. Hartanah

Semua orang nak rumah. Tapi bukan semua rumah orang nak duduk. Jadi, lokasi amat penting dalam pelaburan hartanah. Selain rumah, mungkin kedai dan pejabat juga boleh anda inta-intai. Melaburlah dalam hartanah untuk dapatkan cashflow terlebih dahulu barulah memikiran tentang capital gain.

15. Real Estate Investment Trust (REIT)

Macam beli amanah saham jugak. Tetapi syarikat REIT ini terlibat dalam sektor hartanah. Ia bukan pool of money untuk beli saham, tetapi hartanah. Ia dijual beli melalui Bursa Malaysia.

 

Cadangan
Melainkan pilihan yang pertama, anda seharusnya belajar dulu tentang ilmu pelaburan tertentu. Kalau tidak anda akan disembelih oleh mereka yang mahukan wang anda. Invest in yourself first.

Impian di hati nak jadi jutawan, tapi kalau RM 10 pun anda tak sanggup nak gunakan untuk pendidikan ilmu kewangan, anda sebenarnya berangan-angan mat jenin sahaja. Itu mentaliti nak kaya cepat yang mesti dikikis segera.

Ini adalah sebahagian besar peluang pelaburan yang saya tahu, dan pastikan anda melabur di dalam pelaburan yang sah dan jangan sesekali terlibat dalam skim cepat kaya yang kini semakin canggih dan berleluasa di internet.

Tags: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: