Simpanan Hari Tua

Adakah Simpanan Hari Tua Mencukupi?
Jika anda memerlukan pendapatan RM2,500 sebulan bagi menampung semua perbelanjaan pada masa ini,berapa banyakkah jumlah simpanan yang diperlukan 20 tahun akan datang?
Adakah anda bersetuju, RM2,500 tidak mencukupi setelah mengambil kira faktor kesihatan semakin merosot dan kos perubatan yang semakin diperlukan? Adakah anda bersetuju,akibat inflasi, kuasa beli kita semakin menurun setiap tahun?
Andaikan kadar inflasi adalah 3.5% setahun berapakah nilai RM2,500 dalam masa 20 tahun akan datang? Setelah dikira, jumlah RM2,500 adalah hampir bersamaan RM5,000 pada tahun 2020!!!.

Inflasi Musuh Utama
Harga semakin meningkat setiap tahun. Tiada Kerajaan dalam dunia yang dapat mengawal kenaikan harga 100%. Kerajaan hanya dapat mengawal kenaikan harga secara melampau sahaja.

Adakah Kaedah Simpanan Anda Berkesan?
Tanpa mengira usia, anda dinasihatkan melabur sekarang juga.Bila anda melabur awal, keajaiban wang menjadi berganda akan berpihak kepada anda. Setiap ringgit yang dilaburkan pada hari ini,bermakna semakin semakin tinggi anda boleh menggunakan simpanan di masa hari tua.

Kaedah dan Tempoh Pelaburan.
Mari kita melihat keajaiban berganda. Jika anda menyimpan sebanyak RM50,000 dengan kadar pulangan 6% setahun,wang anda akan menjadi RM160,355 pada tahun tahun ke-20.

Tetapi dengan jumlah yang sama jika dilaburkan dengan pulangan 10% setahun,wang anda akan menjadi RM336,375 dalam masa 20 tahun. Perbezaannya adalah RM176,020.Oleh itu, pilihan pelaburan dan tempoh melabur adalah “harta berharga” dalam merancang simpanan persaraan.

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: