Majlis Fatwa Kebangsaan Mengenai ASB

Melabur dalam ASB, ASN harus: Fatwa

Oleh Suhana Roslan

KUALA TERENGGANU: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB), termasuk pembayaran dividen dan bonusnya, adalah harus.Berikutan itu, umat Islam tidak perlu ragu-ragu mengenai status pelaburan kedua-dua skim berkenaan.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti dan mempertimbangkan semua kesan daripada pelaburan berkenaan.
Beliau berharap tiada pihak membangkitkan lagi isu kononnya hasil skim pelaburan itu haram.

“Umat Islam boleh menyertai skim pelaburan ini dan tidak perlu ragu-ragu terhadap status pelaburan yang dibuat serta dividen atau bonusnya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia ke-80 di sini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Muhamad Datuk Sheikh Abdul Aziz dan Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. Muzakarah selama tiga hari itu dihadiri semua mufti.

Abdul Shukor berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan juga memutuskan pembangunan secara komersial membabitkan tanah wakaf yang diwasiatkan untuk pembinaan masjid dan surau adalah harus.

Beliau berkata, isu itu pernah dibangkitkan kerana wasiat khusus seumpama itu menghalang tanah wakaf terbabit dibangunkan secara komersial.

“Tanah wakaf ini sekiranya dimanfaatkan untuk pembangunan, mampu menjana pendapatan ekonomi negara, sekali gus mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa juga memutuskan pembangunan tanah wakaf seperti masjid dengan tambahan projek pembangunan dan penambahbaikan dengan jaminan harta wakaf itu kekal adalah diharuskan dalam Islam.

“Bagaimanapun, syarat pembangunan mesti merujuk kepada niat asal pewakaf bagi memastikan kehendak mereka ditunaikan sekali gus memberi kepuasan kepada semua pihak.

“Projek pembangunan yang akan dilaksanakan berpandukan kepada keperluan yang ditentukan pemerintah dan tidak bercanggah dengan syariat Islam dengan mengekalkan ciri-ciri pewakaf seperti kebajikan amal jariah mereka,” katanya.

Beliau berkata, muzakarah turut memutuskan penggunaan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib secara zahir dan jelas adalah dilarang penggunaannya oleh umat Islam.

Tags: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: