Pengguna kad kredit perlu bayar jumlah penuh..

Bermula dari Julai 2008, pemegang kad kredit (selepas ini akan disebut sebagai CC) yang tidak menjelaskan bayaran penuh bagi penyata bulanan kad kredit yang telah mereka gunakan akan mengakibatkan mereka akan membayar lebih banyak.

Tahun lepas, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan akan menstukturkan semula kadar pembayaran CC yang akan dilaksanakan pada 1Julai ini yang mana kadar faedah bagi mereka yang membuat pembayaran minimum bagi penggunaan bulanan CC mereka akan dikenakan kadar faedah 15% – 17% setahun berbanding 18% setahun sebelum ini. Bagaimanapun perkembangan ini lebih menyusahkan pengguna CC apabila syarikat-syarikat CC telah menghapuskan tempoh tanpa faedah (interest free period) bagi mereka yang tidak membayar penuh bill CC mereka.

Ketika ini, pengguna CC menikmati tempoh tanpa faedah selama 20hari mengikut tarikh penyata mereka. Bagaimanapun selepas Julai 2008, hanya mereka yang membuat pembayaran penuh bagi penyata bulanan mereka sahaja yang akan menikmati tempoh tanpa faedah tersebut. Kepada pengguna yang masih membayar jumlah minima, mereka akan dikenakan caj faedah harian sehingga mereka menjelaskan kesemua bayaran penggunaan CC mereka. Sebagai tambahan, denda pembayaran lewat terkini adalah RM1 atau 1% dari jumlah keseluruhan baki bil tertunggak yang sebelum ini adalah 1% dari jumlah pembayaran minima.

Sebagai pengguna kad kredit, apa pendapat saudara dan saudari sekelian.. Harap kita dapat berkongsi pendapat berkaitan isu penggunaan dan caj faedah kad kredit yg terbaru ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: