Diskaun bagi saman trafik

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa hari ini, semua saman trafik yang diserahkan terus kepada pesalah akan diberi diskaun automatik 50 peratus, manakala bagi saman ekor termasuk yang diletakkan di kenderaan pesalah diberi potongan 30 peratus.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Hamza Taib, berkata keputusan untuk memberi potongan itu dibuat selepas mengambil kira penstrukturan semula subsidi minyak dan perbelanjaan isi rumah yang semakin meningkat.

Bagaimanapun, katanya, diskaun bagi saman terus kepada pesalah (jenis POL.257) sebanyak 50 peratus hanya ditawarkan bagi penerima yang membayarnya sebelum tempoh kompaun tamat, dan jika melepasi tempoh itu tetapi belum melebihi tarikh hadir mahkamah, potongan sebanyak 30 peratus akan diberi.

“Namun potongan bayaran saman tidak akan diberi apabila ia melebihi tempoh mahkamah, tetapi bagi saman ekor (jenis POL.170A) pula, potongan 30 peratus tetap diberi walaupun mereka sudah menerima saman itu beberapa tahun dulu.

“Bagaimanapun, tiada diskaun bagi saman ketika Ops Sikap atau kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah, kes kemalangan jalan raya dan saman yang sudah dikeluarkan waran tangkap,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Hamza berkata, pembayaran saman boleh dibuat di semua 148 kaunter tunai dan 46 kaunter kad kredit/debit di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) atau daerah (IPD) di seluruh negara.

Pembayaran juga boleh dibuat di kaunter Polis Trafik di lima pusat beli-belah iaitu The Curve, Damansara; IOI Mall, Puchong; Jusco Ipoh, Perak; Terminal 1, Seremban dan Perangin Mall, Pulau Pinang.

“Untuk mereka yang ingin membayar menggunakan kad kredit atau debit boleh berbuat demikian dengan melayari laman web, http://www.myeg.com.my atau http://www.rilek.com.my.

“Bagaimanapun, mulai 31 Disember tahun ini, polis dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), akan menyenaraihitamkan semua pesalah trafik yang masih gagal menyelesaikan saman mereka,” katanya.

Sementara itu, Hamza berkata, tugas polis trafik bukan setakat mengawal keadaan lalu lintas, raya tetapi juga bertanggungjawab dalam menangani kejadian jenayah.

“Mungkin tafsiran orang awam polis trafik hanya menjaga lalu lintas tetapi mereka perlu ingat, kira-kira 50 peratus kejadian jenayah berlaku di atas jalan raya.

“Perkataan `polis’ sudah cukup menggambarkan, ia adalah pasukan penting dalam membanteras kegiatan jenayah dan menjaga ketenteraman awam,” katanya.

Agak-agaknya berapa ramai rakyat kita yang ada saman trafik ambil peluang ni, biasanya tak ramai yang kisah kalau bab-bab menyelesaikan saman.. tapi kalau bab cukai pendapatan, ramai yang kecut perut.. padahal saman tak boleh lari.. cukai kita boleh elak dari bayar pada kerajaan.. fikir-fikirkan

Tags: , , ,

One Response to “Diskaun bagi saman trafik”

  1. bodoh Says:

    ko macam babi… babi lalu pun nak saman …nape babi pakai baju puti seluar hitam yang berline kuning..pandai lak tu naik motor sebesar kuda….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: