Kutu, Hukum dan Faedahnya?


Main Kutu : Aktiviti yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu (wanita khususnya) sejak zaman-berzaman.

Secara asasnya, kutu dimainkan oleh sekumpulan individu, yang akan meletakkan sejumlah wang tertentu (secara mingguan/bulanan), dan wang yang dikumpulkan akan diberikan kepada individu dalam kumpulan tersebut mengikut giliran. Contohnya, 12 orang (A,B,C,D,E,F,G,H,I,J,K, dan L) akan mengumpulkan RM200 seorang setiap bulan, dan wang terkumpul diberi mengikut giliran, seperti A akan mendapat RM2,400 (yang dikumpulkan) tersebut pada bulan Januari, B pada bulan Februari dan seterusnya.

main kutu

Dari sudut hukum, main kutu ini adalah harus, oleh kerana wang yang disimpan adalah wang kita sendiri dan tiada sebarang penambahan yang dibuat terhadap wang tersebut.

Namun apakah faedah yang kita dapat, memandangkan tiada sebarang keuntungan/penambahan daripada bermain kutu ini. Saya melihat terdapat efek yang berbeza kepada individu di dalam permainan kutu ini. Seperti contoh di atas, individu A seolah2 berpeluang mendapat pinjaman tanpa faedah (Qardul Hasan), di mana dia akan mendapat dahulu RM2,400 tersebut dan akan membayarnya secara beransur-ansur. Manakala individu L, yang merupakan giliran terakhir, seolah-olah telah membuat simpanan secara tetap setiap bulan (forced saving) dan dapat mengeluarkan hasil simpanannya pada akhir tahun.

Oleh itu faedah daripada bermain kutu ini, hanyalah sesuai bagi mereka yang ’sukar’ untuk menyimpan/menabung, dan juga membantu golongan yang memerlukan dengan memberikan mereka pinjaman tanpa faedah. Dan wanita hari ini juga kreatif dengan menggantikan wang tersebut dengan barangan lain seperti pinggan mangkuk, brgn elektrik dan lain-lain.

Walaupun harus hukumnya, namun perlulah ada garis panduan yang ditetapkan dalam permainan kutu ini seperti nilai yang sama, perjanjian yang jelas, dan juga bermain dengan orang yang dikenali untuk mengelakkan penipuan dan lain-lain.

p/s: Kebaikan main kutu adalah kita dapat pinjaman tanpa faedah (jika kita mendapat giliran terawal) dan keburukannya pulak kita ibarat menyimpan tanpa faedah/keuntungan (jika kita mendapat giliran terakhir). Bayangkan simpanan RM200/RM400 tersebut disimpan di institusi kewangan, sudah tentu kita mendapat keuntungan seperti dividen atau agihan keuntungan dari simpanan/pelaburan kita itu. Fikir-fikirkanlah.

Tags: , , ,

One Response to “Kutu, Hukum dan Faedahnya?”

  1. fshion wanita Says:

    fshion wanita…

    […]Kutu, Hukum dan Faedahnya? « Urus Kita dan Urus Kewangan[…]…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: