Walaupun pelaburan ASB itu HARUS menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional seperti Loan ASB dari Maybank/RHB/CIMB untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati HARAM oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba(cuba fikir Maybank Islamik/RHB Islamik dan CIMB Islamic tidak ada menawarkan Loan ASB…kenapa?). Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara anda mendapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.Ingatlah dosa riba itu seperti Firman Allah SWT :
Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah : 278 )
Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya.
Berkatalah Abu Hanifah rh pula : ” Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan” (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)
Oleh itu boleh melabur di ASB tetapi dengan cara menyimpan sendiri atau potongan gaji.Wassalam.
p/s : ini ada komen bagi mereka yang bertanya mengenai asb loan di https://uruswangkita.wordpress.com/2007/12/26/asb-melabur-dlm-asb-guna-loan-bank-untung-rugi/
November 11, 2009 at 2:13 pm
Apa beza kalau saya ambil pinjaman peribadi Bank Rakyat (ISlamic) dan labur kat ASB. Saya masih juga berhutang tapi perbezaannya caj yang dikenakan Bank Rakyat (tetap) sementara keuntungan ASB (berubah-ubah). Adakah isunya pinjaman bank atau ASB itu sendiri yang HARAM?.