RHB turun kadar BLR – apa tindakan anda untuk kebaikan diri sendiri

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) — RHB Banking Group akan menurunkan kadar pinjaman asas (BLR) bagi kadar asas pembiayaan (BFR) RHB Bank Berhad dan RHB Islamic Bank daripada 6.5 peratus setahun kepada 5.95 peratus, berkuat kuasa 3 Feb ini.

—————-IKLAN—————————————————IKLAN——————————————–IKLAN———-
Parang Hiasan dengan ukiran menarik, sila layari :
http://parangcantik.blogspot.com untuk maklumat lanjut
—————————————————————————————————————————————————–

“Kami mahu menyediakan sokongan pembiayaan yang lebih lagi kepada
pelanggan kami pada waktu yang mencabar ini. Dengan semakan semula BLR dan BFR, bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada akan dapat menguruskan pinjaman tanpa perlu terlalu bersusah payah,” kata  pengarah urusan kumpulannya, Michael J Barrett.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata semakan berkenaan juga
sejajar dengan langkah Bank Negara Malaysia baru-baru ini untuk
menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 75 mata asas kepada 2.5 peratus.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Hong Leong Bank Berhad
dan Hong Leong Islamic Bank Berhad berkata BLR dan Kadar Pembiayaan
Islam (IFR), akan dikurangkan sebanyak 55 mata asas daripada 6.5 peratus kepada 5.95 peratus.

— BERNAMA

—————-IKLAN—————————————————IKLAN——————————————–IKLAN———-
Untuk penganjuran acara sukan, sila layari :
http://gilafutsal.blogspot.com untuk maklumat lanjut
—————————————————————————————————————————————————–

Tags:

Leave a comment